Datuk Jamal Nasir

Ikon Koporat Profesional dan Legenda Bolasepak Negara

Saya mengamati struktur kurikulum FSI ini, saya melihat disatu sudut ia merupakan satu platform baru bagi penyelesaian kepada masalah sebenar pemain belia.  Tumpuan ketiadaan jaminan pendapatan telah diperkemas dalam teras 3&4 FSI yang mana komponen pembangunan kewangan dan kejayaan para pemain profesional diberi penekanan dalam melestarikan imej koporat profesional bolasepak.

Selain dari itu, disudut pendidikan kebanyakan pemain profesional belia terdiri dari pelajar lepasan SPM. Mereka perlu didedahkan laluan pendidikan secara akademik dan psikomotor dalam meningkatkan pencapaian akademik ke tahap diploma sains sukan, ijazah sains sukan serta sijil jurulatih yang tertinggi.  Ini juga ditekankan dalam teras 1 FSI iaitu pembangunan minda positif dalam peningkatan pencapaian akademik. Malahan hasil kajian lapangan sebenar senario para pemain belia profesional ini perlu asakan minda hala tuju yang jelas. Oleh itu laluan kerjaya dalam bidang profesional dan telah difokuskan dalam FSI teras 2 iaitu pemantapan minda profesional bolasepak dan teras 3 merangkumi pemantapan tadbir urus kewangan yang holistik.

Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan komitmen memartabatkan sukan bolasepak, namun kemudahan dana sedia ada kerajaan masih tidak mampu menghasilkan pemain profesional macam Jepun dan Korea. Jadi formula Alle ke Malaga City yang dihasilkan melalui FSI merupakan satu platform terbaik untuk mempromosikan produk pemain belia profesional negara. Hatta saya lihat program FSI akan menjadi instrumen penting bagi penyelesaian kepada beberapa pemasalahan berbangkit dalam penghasilan pemain profesional belia negara.

Moga dengan adanya sumbangan Program FSI ia akan menjadi formula baru dalam membantu para pemain belia profesional bolasepak negara dalam melangkah lebih jauh serta mampu berdikari sebagai seorg koperat pofesional bolasepak keluaran negara Malaysia kelak.