Sejarah FSI

Program Football . Smart . Intelligent [FSI] yang diasaskan oleh bekas pemain bolasepak Podya dalam Bolasepak Profesional iaitu bekas pemain negeri kelantan FA, terengganu FA dan Public bank FC dalam Liga Malaysiabersama dua pakar pembangunan kurikulum (Ts Dr Baha) dan pakar bidang pembangunan usahawan online dan pengurusan kewangan (Lt Kol Hj Tamsir (Bersara)) dilihat menjadi pelengkap baru untuk menjadikan para pemain bolasepak profesional yang holistik dalam penjanaan ekonomi global. Kewujudan program pendek FSI ini dilihat amat membantu dalam memwujudkan satu aliran pembangunan aliran alternatif dalam pembangunan mutu pemain bolasepak negara. 

Berasaskan keperluan pemain bolasepak profesional sebagai pelengkap diri dalam pembangunan akademik dan kemahiran serta pembangunan ekonomi sebelum, semasa dan selepas menjadi pemain bolasepak profesional. Program FSI dirangka sebagai platform utama dalam menjadikan para pemain bolasepak di negara Malaysia khususnya dan pemain bolasepak luar negara secara umumnya bagi menambah nilai dalam mentadbir diri bagi penjanaan kewangan berterusan bagi menangani penyusutan pendapatan disaat bersara dari bidang professional bolasepak.