Subkhiddin Mohd Salleh

AFC Elite Referee

Saya telah meneliti dan sangat tertarik dengan perancangan yang telah disediakan melalui kurikulum Football Smart Intelligent [FSI]. Berdasarkan pengamatan saya, kumpulan perancang kurikulum ini sangat teliti apabila mereka menggarapkan keseluruhan kurikulum [FSI] berlandaskan kepada pengalaman, sejarah dan budaya sukan negara. Samada dizahirkan secara tersurat mahupun tersirat, kurikulum ini diyakini menepati keperluan dan kehendak semasa keluarga sukan khususnya bolasepak di Malaysia.

Untuk itu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Ts Dr Md Baharuddin Abdul Rahman, Lt Kol Tamsir (B) dan Encik Zakaria Ismail (Podya).